My Music


Friday, March 20, 2009

Terima Kasih...

Terima Kasih

Kenangan sekejap yg si dia beri pada aku sgt membuatkan aku merasakan dunia ini aku yg punya...tapi aku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan di tgh hari...aku pun xtau ape yang terjadi pd aku...aku mmg sayangkan die...kenangan bergurau senda bersama2...kenangan aku ber'web cam' dgn die...walaupun sekejap hubungan ktorg,,,tapi seakan ktorg dah kenal lama...seakan kami mmg telah dijodohkan bersama...aku tak tahu mengapa dipertengahan jalan yg kupilih ini rupanya2 tidak seindah yg kusangka...

Sejak dua tiga hari yang lalu...kami tidak lg berbalas SMS seperti biase...kami tidak lagi berchatting seperti biase...aku mengagak bahawa si die pasti sibuk dengan kerja...sebagai seorang yg matang,,,aku sentiasa optimis...aku tak nak fikir yg bukan2...sbb aku tahu,,,si die juga menyanyangi aku seperti mana aku menyayangi die...sehinggalah tepat jam 12.27 tgh malam,,,aku mendapat SMS dari si die yg menyatakan bahawa die sedang mengalami tekanan perasaan...kekasih lamanya kembali ke dalam hidupnya...dan die masih menyayangi kekasih lamanya...

Hanya tuhan yg tahu betawa kecewanya hati aku...betapa sedunya aku ketika itu...ulangkaji aku malam tuh terhenti...aku merasakan test esok yg bakal aku hadapi,,,tak dapat aku buat dengan betul...aku menangis seperti org yang kehilangan anak...mungkin aku terlalu sayangkan die...dan kemudian aku membalas SMS die dengan linangan air mata...aku mengatakan bahawa aku rela jika die kembali ke kekasih lamanya jika itu yg die mahu...jika itu kehendak hati die...aku rela...kerana aku sgt sygkan die...aku nak die bahagia...dan aku menyatakan yg aku akan membuang akaun myspace dan akaun2 yg laen...kerana aku berjanji...bahawa aku tidak akan mencari lelaki laen...aku tidak akan berkapel dengan org laen selain die...aku akan tunggu die...AKU AKAN TUNGGU DIE...

Sebenarnye...ape yg plg menyedihkan aku ialah janji2 yg aku dan die telah buat...sebagai seorang yg menepati janjji,,,aku akan tunaikan juga janji2 yg telah aku buat...aku dah janji dengan die,,,aku akan masak utk die makanan kegemaran die...sbb die ade ckp dgn aku yg die dah lama xmakan makanan yg sedap2...aku juge dah janji dgn die aku akan belanje makan die dan kawan2 die makan sate...aku sgt sygkan die...

Aku akan kotakan janji aku pada die tak kira la die sudah kembali ke pangkuan kekasih lamanye ataupon tidak...itu aku tidak peduli...aku akan tetap melunaskan janji aku pada die...dan aku terpaksa lupakan hasrat aku utk menjaga makan dan minum die selama mane kami berkapel...sbb kami tiada lg jodoh...mekaceh kepada si die...sbb pernah memberi harapan kepada aku...aku xpernah salahkan si die atas ape yang berlaku...semua ini berlaku kerana takdir...dan aku tidak pernah sesekali cube utk meyalahkan takdir...aku berharap agar si die memperoleh cintanya yg sejati...

(Tak dapat menahan air mata dari mengalir...)

Sunday, December 21, 2008

apa itu CINTA???...

apa itu CINTA???


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi...


Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.


Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.


Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA.

"They say that the bond of love is knitted in the sky by the angels and then sent to the earth for the people…I say that it is made right here on the surface when your hand kisses mine, when your soul touches mine and absorbs it somewhere in the depth of your tenderness. It’s your love that is in the air…it has softened the sky to lose its glare..." - Perfect Stranger

Melethopzzz...

Wednesday, October 22, 2008

dalam berSAHABAT...

dalam berSAHABAT


Bila bersahabat,,,diri sendiri & sahabat kita harus mempunyai tanggungjawab & mempunyai harapannya yang tersendiri...antaranya ialah:

1 . Ketahanan bergurau senda,,,adat bergurau terlebih usik...pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik,,,kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang,,,isteri/suaminya atau kaum keluarganya.


4 . Perkara sensitif spt gaji,,,kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.


5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.


6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya...cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri,,,diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat,,,jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat,,,biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui...ini tanda kita menghormatinya...jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat...beri peluang sahabat bersendiri...kalau terlalu berdampingan,,,mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah,,,beri peluang dia melepaskan amarah di hati...jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk...pasti hubungan akan kembali spt biasa...manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah,,,elok mendiamkan diri...jikalau dia mengomel,,,dengar & angguk...itu lebih baik dpd membuat komen...ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita...contohnya,,,kekayaan,,,kecantikkan dan sebagainya...bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Persahabatan seperti jari jemari di tangan...saling memerlukan antara satu sama lain dan mempunyai fungsi tersendiri...jadi jaga la persahabatan seperti anda menjaga jari jemari anda...


Melethopzzz...

Orang KAYA Baru...

Org KAYA Baru

Hehehe...bunyi je dah tahu kan???Hahaha...ni la masa yang aku tunggu2 selama 3 bulan...schoolarship aku sedah kembali menyerikan akaun bank aku...alhamdulillah...kalau selama ni aku hanya meminjam duit kawan2 aku untuk mendapatkan sesuap nasi...kali ni...aku tidak lagi meminjam duit...aku kembali menggunakan duit schoolarship aku...apa yang berlaku pada aku adalah satu titik hitam...titik yang tidak akan berulang lagi dalam sejarah hidup aku...selepas kejadian aku mendapat pointer rendah semester lepas,,,dan schoolarship aku digantung buat sementara waktu,,,adalah kejadian yang telah mengubah segalanya...aku kembali focus kepada kehidupan aku di UTP...ibu bapa aku tidak mengetahui ape yang anaknya ini sedang lalui...mereka tidak mengetahui bahawa anaknya ini telah digantung schoolarshipnya...tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya...aku sedar kesilapan aku...dah aku harap,,,aku tidak akan mengulangi kesilapan aku lagi...sebab bagi aku...manusia mematangkan diri dengan melakukan kesilapan...tetapi manusia memperbodohkan diri sendiri dengan melakukan kesilapan yang sama berulang kali...cukuplah penderitaan aku selama 3 bulan...hanya melihat kawan2 yang lain bershopping bagai...tetapi kita hanya duduk ditepi atau sekadar menjadi teman bertanyakan "adekah pakaian ni sesuai dengan aku???"...

memikirkan masa depan

Macam roommate aku selalu cakap,,,setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya...dan Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya itu masih mampu memikulnya...semester kali ini,,,aku akan cuba bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang tinggi kerana aku sudah berjanji dengan mak dan abah untuk belajar bersungguh-sungguh...Semester kali ini...banyak perubahan yang telah berlaku pada diri aku...yang paling ketara,,,aku lebih mengambil berat mengenai status akademik aku...aku sentiasa berusaha untuk tidak meninggalkan kelas dengan sengaja...kurang turun ipoh...dah sebagainya...hidup aku lebih tertumpu di dalam UTP...

Kepada kawan2 aku yang telah menbantu aku semasa aku dalam keadaan kesusahan,,,aku ucapkan terima kasih dan aku tidak akan melupakan jasa korang suma terutamanya,,,geng2 aku,,,morkge,,,migiew,,,zieer,,,hairul,,,korie,,,piahz,,,dayah,,,dah mala...I LOVE U soo much...thanksss...


Melethopzzz...

Wednesday, September 24, 2008

Yeah!!!Dah nak RAYA!!!

Yeah!!!Dah nak RAYA!!!

Ermmm,,,sem ni seperti biase...mid break dicantumkan sekali dengan cuti raya...huhuhu...dah 3 BULAN tak dapat rehat yang panjang dan balik rumah...waaaaa...rasa cam nak nangis je...tapi nak wat cam mane...huhu...dengan aku yang tak de duit nye...dengan keje yang berlambak kat UTP nih...huhu...memang hasrat nak pulang ke kampung halaman terpaksa dilupakan...tapi skang...bila dah ade cuti seminggu nih...dan sempena raya nih...memang laaa aku nak sangat balik rumah...hehehe...kira boleh la dikatekan aku nih tengah HOMESICK!!!hahaha...dah besar2 pun nak HOMESICK lagi...kuang3...rindu kat masakan mak aku...rindu dengan adik aku...

Tahun nih ktorg satu keluarga raya kat KUANTAN je...slalu raya kat kampung mak abah kat Johor...sebab along tak dapat cuti...dia kan baru bulan pertama kerja kat hospital tuhh...sooo slalu la kene ON CALL...hahaha...merasa laaa...huhu...disebabkan along tak boleh balik...ktorg sebulat suara nak beraya kat kuantan je...senang...lagi pun dah lama tak beraya kat kuantan...

Ermm,,,sebelum balik umah nih...banyak la pulak kerja yang harus dibereskan...tapi tetap sempat nak tulis blog kenzzz...hahaha...tapi TEST,,,ASSIGNMENT,,,LAB REPORT,,,tetap kene diselesaikan dulu sebelum pulang berhari raya...cuti seminggu raya ni pun bukan boleh rileks2...still banyak keje yang harus disiapkan...aku dah wat pengiraan...cuti kali nih ade 3 assignment yang harus disiapkan...dan 2 projek yang maklumatnya harus berada di tangan sejurus pulang ke UTP...huhu...nak buat macam mana...ah memang adat belajar dan jadi student...harus la bersemuka dengan situasi ini...

Tapi aku tak boleh tahan melihat gelagat labmate2 (Mui,,,Saiful,,,Faten,,,Gmey) aku yang memang dalam mood raya dah...mase discussion meeting kat cafe v4...sume nampak tak boleh fokus pada kerja...3 laptop yang dibawa...sumenye pasang lagu raya...hahaha...tapi ape boleh buat???kerja tetap perlu dibereskan...tapi agak tension jugak sebenarnya...sebab lab baru je buat pagi tadi...esok dah nak kene hantar report...macam mana tuh???fuhhh...terpakse memecut...tapi nasib baik...mui dan faten membawa sedikit makanan...ala2 bersahur teruskan katenye...hehehe...

OMG!!!baju pun aku belum kemas lagi...macam tak ready nak balik kampung...tak bersedia dari segi fizikal...tapi rohani dah lama sampai kuantan dah...hahahaha...jasad je masih tersangkut kat UTP nih...ngee...ermmm tu je la yang nak aku tulis malam2 sebelum balik nih...esok,,,memang aku akan skip sume kelas...hahaha...memang masa untuk aku berkemas nak balik RAYA!!!yeahhh!!!

kenangan beraya di johor tahun lepas...ngee~~~

Melethopzzz...

Tuesday, September 23, 2008

beLOVEd frensss...

beLOVEd frensss

Ermm sempena bulan baik bulan mulia nih...aku nak wat post untuk appreciate kawan2 karib aku kat UTP...aku sangat sayangkan dorang...dorang la kekuatan diri aku selain family aku...
dorang la yang paling memahami diri aku...walaupun...kadang2 gaduh...tp biasa laaa...adat berkawan...ada pasang surut...macam berkeluarga jugak...isteri dan suami pun kadang2 ada pertelingkahan (motif masuk bab2 perkahwinan???)...

Ade 4 orang kawan karib aku kat UTP nih...meh aku kenalkan sorang2 kat korang...sape yang nak berkenalan dengan dorang...jangan la malu2 nak bitau aku...hehehe...ngee~~~
  1. Morkge a.k.a Naima (minat sangat kat Naima Mora pemenang ANTM Cycle 4 tuhhh...)
  2. Zikri a.k.a Migiew (ntah la plak sbb ape dapat nama Migiew tuhh...dari skolah lg...)
  3. Afil a.k.a Korie (nama penuh dia kan Mohd Afil Bokhari...sooo panggil la korie...)
  4. Zieerwan a.k.a Syisya (erkkk nama ni no komennn...tanye empunya badan...)
Ermm keempat2 kawan karib aku nih ade satu persamaan...sumenyee...sahabat sejati dari Foundation kat UTP lagi...ngee~~~
Dorang adelah aku...dan aku juge adelah dorang...we just like a family...susah senang sama2 pikul...sooo nak tau lebeh lanjut mengenai dorang???hehehe...meh aku citer...

[MORKGE]

Seorang yang sangat memahami diri aku...dia la yang menemukan aku ngan dak2 lain ni...aku sayang dia seperti keluarga aku...kalu aku ada masalah...dia la yang first sekali aku jumpa...
ye laaa...sebab dia slalu bagi aku jawapan yang aku nak...jawapan dari seorang yang memahami diri kita dan seorang yang leh berfikiran jauh...walaupun morkge lebih muda dari aku setahun...tapi aku nampak dia seorang yang sangat matang...cuma dari beberapa segi...morkge mmg cam budak2...hehehe...btw,,,dia ni coursemate aku...chemical engineering classs...yeahhh!!!


morkge n konar

[MIGIEW]

Seorang yang paling banyak menyimpan rahsia aku...seorang yang selalu berkongsi rahsia dengan aku...kalu aku ade sesuatu rahsia nak dikongsi,,,dia la orang yang pertama aku cari...selain tuh,,,die sangat memahami aku...tahu perangai aku camne...tahu bila masa aku pasang surut...hehehe (aku ni kan kadang2 moody)...migiew jugak ialah tempat aku luahkan perasaan bila aku kadang2 tak puas hati dengan someone...especially dengan kawan2...apa yang membuatkan aku sangat sayang migiew ialah cara dia layan orang lain (fokus kat aku) ialah pandai jaga hati orang lain...jarang sangat aku terasa hati dengan migiew...tu yang membuatkan aku sangat sayang migiew...


konar n migiew

[KORIE]

Korie ohhh Korie...banyak mende nak cakap pasal korie...sebab perangai dia yang bermacam2...hahaha...MACAM2 ADA...korie ni seorang yang kelakar...dan something yang aku sangat bangga bila berkawan dengan korie ialah...dia seorang yang sangat pandai...setiap semester,,,die dapat Dean's List (alaa...cam anugerah dekan...pointer above 3.5)...mmg bombastik arr result korie...semester nih...aku ingat nak jejaki korie...aku harap aku pun leh dapat anugerah dekan...korie ni la teman aku pergi dan balik lecture...n also dia jugak housemate aku n coursemate aku...sooo banyak la masa aku bersama korie...


konar n korie

[ZIEERWAN]


Syisya...hehehe...nama yang terlintas masa ktorg kuar malam last semester...hahaha...terus melekat sampai sekarang...ermm apa yang aku nak cakap pasal zieerwan ek???zieer bagi aku ialah orang yang paling senang untuk aku bekerja...dia sangat berpegang pada janji...dia seorang yang sangat berterus terang and if he want it,,,he will work for it...n if he doesn't want to do something...orang suruh macam mana pun dia tak nak jugak...huhu...ermmm fyi,,,zieer n migiew satu course...soo dorang agak rapat berdua...


konar n zieer

Hehehe...itulah serba sedikit tentang kawan2 aku kat UTP...bukan kawan biase ok...kawan karib...susah senang pikul sama2...thanks to all 4 of my beloved frensss...aku sangat sayangkan korang...korang la jiwa aku...thanks 4 giving me the opportunity to be your frensss...

Melethopzzz...

Sunday, September 21, 2008

Jun ohhh Jun...

Jun ohhh Jun

Ermm...saje je wat permulaan nih...nak memperkenalkan diri...aku FicQ (nama glamzz sgt...)
Sooo,,,utk permulaan nih...aku nak post kelebihan org2 yg lahir pada bulan kelahiran aku...bulan ape kwn2???mst la bulan JUN...ngee~~~
  • Amat pandai menjaga hati pasangan (mmg la...ngee~~~)
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan (suke wat c dier gembira...hehehe)
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih (erkkk no komennnnn...)
  • Cerewet dalam hubungan (mmg...suke bebenor ngomen...)
  • Selalu beremosi (emo kalu org emo ngan aku laaa...)
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk (hehehe...malu laaa)
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang (berani kutuk...belum tgk aku bersilat...)
  • Elok untuk menjadi ayah/ ibu yang baik (hehehe...sape nak jd anak aku???~~cam maen pondok2 lakkk...euwwww)
    Dahaga pujian dari pasangan (CPT puji aku!!!hahaha)
Tu la serba sikit tentang perangai org2 kelahiran bulan JUN...ehhh ktorg ni special tau...sbb tgh2 tahun...median of d year!!!hehehe...
Pape pun...fyi,,,mmg ni la perangai aku sbnr...ermm pandai gak org yg wat mende nih...kire hampir 90% tepat...fuhh...mantap...

Btw,,,sampai sini je la untuk post pertama aku...ngee~~~
So,,,sehingga berjumpa dilaen hari dan waktu...

Trademark: Melethopzzz...